Pages

Thursday, September 20, 2018

UJIBAKAT PENYANYI ARTISUKMA

Pada 17 September 2018/Isnin, ada ujibakat nyanyian untuk kelab penyanyi artisukma. Kalau korang nak tau, dari dulu aku memang minat menyanyi ni semua kan. Bagi aku menyanyi ni boleh express kan perasaan dan diri kau. Contohnya pasal perasaan yang kau pendam dekat seseorang, yang kau tak mampu nak luahkan atau pasal kehilangan orang yang paling kau sayang, iaitu keluarga kau.

Promosi Ujibakat Penyanyi Artisukma

Jadi masa hari tu, aku teringin la nak cuba audition tu sebab aku memang minat menyanyi. Macam passion la kan. Tapi dalam masa yang sama aku takut jugaklah. Sebab dulu dekat matriks pernah dua kali aku pergi audition nyanyian, tapi tak dapat. Maybe sebab suara aku tak keluar habis kot. Sebab aku malu sangat weh kat depan tu hahaha. And one more thing sebab aku pilih lagu yang tak menguji sangat suara aku. Aku nyanyi lagu yang slow. And cikgu tu nak orang yang boleh nyanyi lagu high pitch. Cakap la awal-awal. Maybe aku boleh nyanyi lagu Ziana Zain ke. Ceh.

Okay back to the original story line. Masa tu aku baru balik dari rumah. Aku balik UKM malam. Dah lah malam tu ada meeting untuk ahli-ahli BMart. Untuk tentukan bila nak duty. So lepas je aku sampai UKM, aku terus rushing pergi meeting. And lepas meeting aku terus pergi busstop, nak tunggu bus untuk pergi Kolej Ibu Zain, tempat audition tu diadakan.

Aku naik bus zone 6 tau masa tu. Masa tu aku tak tau pulak yang bus zone 6 tu dia akan keluar pergi KTM. So dah lah sampai KTM tu. Pastu kena tukar bus zone 2 kat situ. Budak first year kan. Biasalah terselah noobnya di situ. Lama weh aku duduk dalam bus. Aku rasa nak dekat setengah jam. Bila dah sampai busstop Ibu Zain, bus tu berhenti lah. Aku keluar la tengok Kolej dia bapak tinggi weh. Aku kena naik bukit malam-malam tu dengan gelap dengan hutannya lagi. Tapi disebabkan aku nak sangat cuba nasib, so aku pun gigihlah naik. Nasib sampai jugak lobby dia. Tu pun sebab terjumpa budak lain tengah jalan yang nak pergi aundition jugak.

So masa aku dah sampai tu, dia suruh tulis nama. Aku memang tercungap-cungap la masa tu. Penat gila. Aku fikir jugak macam mana aku nak nyanyi ni. Sebab takut aku nyanyi semput je hahaha. And then tak lama lepas tu nama aku dipanggil. Budak-budak ni suruh aku prepare lagu irama malaysia. Cindai jelah dalam kepala aku. So aku masuklah aku kenalkan diri semua. Pastu aku cakaplah, nak nyanyi diri boleh. Sbb aku tak feeling la nyanyi duduk.

                                                        Muka feeling teruk masa nyanyi

Lagu first yang aku nyanyi is Terus Mencintaimu by Siti Nordiana. Lagu tu tinggi nak mampus. Entah kenapa. Aku boleh bawak lagu tu weh hahaha. Diorang cam terpenggun weh masa aku nyanyi. Sumpah aku tak sangka. And then aku nyanyi lagu Cindai dengan Kau Kekasihku by Siti Nurhaliza. Aku lepas audition tu gentle rasa lega. Aku redha je kalau dapat or tak dapat. Sebab bagi aku, janji aku cuba.

And guess what, aku terpilih untuk jadi penyanyi tu weh. Hahaha. Aku dapat message dari Cikgu Isz, cikgu nyanyian dekat UKM. Masa tu aku otw nak pergi kelas Mikro. Aku happy masa tu. Dalam masa yang sama tak percaya pun. Macam dapat something yang kau nak dari dulu tau. Macam tak sia-sia aku penat naik bukit yang tinggi tu nak pergi Ibu Zain haha.

                                                        Message yang ditunggu-tunggu

No comments:

Post a Comment