Pages

Friday, November 23, 2018

COUGAR '40

Mesti korang tertanya-tanya apa tu cougar '40 kan? Hahaha. Itu adalah nama batch palapes kitorang. Kekuatan kami sekarang 72 orang. Dulu memang susahlah aku nak ingat nama sorang-sorang. Tapi lepas 3 bulan kami dalam palapes ni. Aku dah ingat 90% nama diorang. Sebab aku memang sejenis yang susah sikit nak ingat nama orang. Kadang-kadang rupa orang tu pun aku tak ingat.

Walaupun baru 3 bulan kitorang bersama, tapi macam-macam dah benda pahit, manis, lawak yang kitorang dah lalui. Lagi-lagi masa Latihan Berterusan yang seminggu tu. Dengan tidur 2 jam je sehari. Pagi-pagi buta dan kena baris pagi. Ngantuk weh. Aku tersengguk-sengguk even tengah berdiri. Sebab tak tahan sangat. Pernah sekali tu kelakar gila. Alis duduk depan aku tau. Lepas tu aku perasan macam dia pun tersengguk jugak. And then tiba-tiba dia macam nak terundur kebelakang. Nasib baiklah masa tu aku sempat nak tahan dia. Hahahah. Aku memang tak boleh bla la masa tu.

Aku paling tak suka kalau baris paling depan. Sebab YO, stap boleh nampak kan. Ada hari tu aku duduk depan, lepas tu Puan Nazirah panggil nama aku nak cakap pasal jungle hat. And then aku cam mabuk weh. Aku mamai sambil sahut 'Ya, Puan.' Hahaha. Lepas tu dia tanya aku, 'kau tidur ke Deanna?' Pastu aku cam senyum je. Aku duduk depan lagi ngantuk weh hahaha.

Macam-macamlah kitorang buat. Fitik benda paling 'best' la. Mesti korg pelik kan. Kebendanya fitik ni. Fitik ni terbahagi kepada 4. Iaitu fitik dapur, dewan makan, vip dan kelas. AJK fitik iaitu Bad, akan tulis nama untuk fitik-fitik ni. Kalau fitik dapur, kena tolonglah stap dekat dapur. Sediakan bahan-bahan nak masak, kena potong buah, sayur, ayam semua. Aku lah muka yang paling selalu kena target dengan stap dan cik. Tapi seronok jugaklah, sebab pengalaman tu aku tak boleh beli dekat mana-mana kor lain macam suksis atau sispa.

Banyak sebenarnya perkara yang kitorang buat masa latihan. Tapi ini yang aku mampu kongsikan sebagai pengenalan. Aku harap kami semua dapat tauliah sama-sama dekat UNIMAS dan bergelar Leftenan Muda.

                                       Semasa upacara angkat sumpah kadet palapes junior



                                                    Kawan baik aku dekat Cougar '40



                                         Masa fitik dewan makan dengan Kaka yang hipstur



                                              Masa nak belajar menembak dekat Markas

No comments:

Post a Comment