Pages

Friday, December 14, 2018

Dinner FEP

Pada 14/12/2018/Jumaat diadakan dinner untuk Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Kalau nak join dinner tu kena bayar RM25. And of course la aku tak join kan pada mulanya. Haha. Sebab bagi aku RM25 tu mahal. And aku boleh beli benda lain lagi. Btw nak diceritakan masa malam tu aku buat persembahan, so dapat free pass la yall. Tapi aku tak makan pun hahaha. Sebab aku lepak McD dengan Fizah and Put lepas tu hahaha.

Sebenarnya aku tau Muhsin jelah nyanyi untuk dinner FEP tu. Aku macam, aku pun nak nyanyi jugak an. Sebab aku minat. Lepas tu aku terfikir macam mana nama dia boleh ada untuk buat show malam tu. Oh yelah, dia kan famous haha. Then satu hari tu Pah whatsapp aku, tanya nak nyanyi tak untuk dinner FEP tu. Lepas tu aku laju je jawab nak. Pah tak silap aku ajk persembahan untuk dinner tu so dia kena la cari penyanyi untuk malam tu. I was so damn excited.

Pada awalnya, aku kena nyanyi dua lagu which is Standing in the eyes dengan satu lagu solo bebas. Maksudnya aku pilih sendiri lagu yang aku nak nyanyi. Tapi lastly Ain nyanyi because aku recommend her untuk nyanyi sebab aku nak tengok Ain nyanyi. Mula-mula aku pilih lagu Ku Menunggu-Rossa. Tapi masa rehearsal tu aku rasa cam lagu tu membosankan. Lain lah kalau ada backup dancer kan. And then aku nk kena buat fake smile. Alahai. Aku penat nak berlakon acah-acah happy kat depan. Lepas tu inter palapes aku yang jadi ajk masa tu pun cakap aku nyanyi sedap, tapi ngantuk hahaha. Maybe sebab lagu tu mendatar and tak de wow factor kot.  So lastly aku nyanyi lagu Sampai Bila by Misha Omar. Sebenarnya dari awal aku nak nyanyi lagu tu. Tapi diorang kata nak lagu happy. Tapi lastly okay je pun sebab yang Ammar ni kata takpe janji lagu tu wow and boleh buat audience suka.

So masa rehearsal petang sebelum dinner tu, aku ada kelas ganti account petang tu. So aku fikir macam tak sempat la nak pergi berlatih kat dectar. Tapi madam lepaskan awal pulak. Jadi aku fikir nak berlatih jugak at least aku tau la flow dia. Keluar je dari FEP aku nampak bus zone 3. Terus aku lari pergi kat bus tu. Hahaha. Nasib baik sangat weh.

Sampai je dectar aku nak buat soundcheck. Music masa tu macam a bit slow and aku tak dapat nak nyanyi ikut music betul-betul sebab aku dengar music tu sama je mendatar. So tukar key lain pulak untuk malam tu. Nasib baik aku datang rehearsal even dah lambat. Kalau tak aku tak boleh bayangkan malam tu aku nyanyi tak ikut rentak music yang sama.

                                               Masa dekat kolej sebelum pergi DECTAR


                                                Idin dengan Muhsin nyanyi lagu HARAM


                                            Masa perform lagu Sampai Bila-Misha Omar


                                                                Pah dan fake lashesnya


                                                         Kami bertiga adalah ex-kmnsian

So everything went well. Ramai orang bersorak masa aku nyanyi. So i know la diorang enjoy masa tu. And vip pun ada amik video aku. Kahkah. Aku dah buat yang terbaik walaupun tak perfect. Malam tu memang jadi memori yang best la untuk aku.

Saturday, December 8, 2018

Cara Merahkan Bibir

1. CAMPURAN LEMON DAN MADU
Lemon dan madu dikatakan dapat memberi khasiat yang meremajakan kulit. Mana tidaknya, lemon kaya dengan vitamin C manakala madu pula mengandungi khasiat anti-bakteria dan anti-penuaan.
Lakukan langkah di bawah:
petua merahkan bibir
Foto Kredit: top10homeremedies.com
Biarkan semalaman untuk mendapatkan kesan yang lebih ketara dalam masa seminggu.
Tiada gliserin? Tiada masalah. Anda boleh menggantikannya dengan gula kasar – ianya juga cukup berkesan!

2. GOSOK BIBIR DENGAN BERUS GIGI

Pernahkah anda dengar petua ini? Selain menggunakan ubat gigi untuk gigi dan lidah, ubat gigi juga boleh diletakkan pada bibir seperti skrub.
Sebelum menggosok gigi, oleskan sedikit pada bibir anda. Gunakan berus gigi untuk membersihkan bibir anda sewaktu membilasnya selepas 3-4 minit.
Proses ini akan membuang sel-sel mati dan menggalakkan pembinaan kolagen, menjadikan hasil bibir lebih muda remaja.
petua merahkan bibir
Foto Kredit: fashionpheeva.com

3. GULA

Tahukah anda, sebenarnya gula merupakan bahan utama dalam pembuatan skrub bibir yang berada di pasaran.
Anda boleh buat sendiri skrub bibir di rumah menggunakan gula kasar dengan mencampurkannya dengan jeli petroleum atau ‘vaseline’ yang biasa terdapat di pasaran. Bahannya sangat mudah, seperti sukatan di bawah:
  • 1/2 cawan gula (jangan risau, bukannya kita makan gula ini ya!)
  • 2ml jeli petroleum (‘vaseline’)
Kalau tak ada ‘vaseline’ bolehlah diganti dengan air suam. Campurkan bahan hingga sebati dan sapukan pada bibir dalam gerakan membulat selama 3-4 minit. Bilaskan apabila ia kering.
petua merahkan bibir
Foto Kredit: diybeautytutorials.com

4. ‘LIP GLOSS’ BUAH-BUAHAN SEGAR

Buat sendiri ‘lip gloss’ atau balm dengan menggunakan buah-buahan merah semula jadi seperti strawberi, delima, buah naga, atau beri merah.
Lenyek atau kisarkan bahan-bahan ini dan tambahkan sedikit madu (sekiranya ada) dan oleskan pes ini pada bibir. Bilaskannya apabila ia mengering. Lakukan sekerap mungkin, sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
Buah-buahan ini bukan saja memberi kelembapan bibir, ia juga membantu mengembalikan nutrisi serta menyerlahkan kemerahan bibir.
Resepi air detox

4. ‘BEETROOT’

Ubi bit atau ‘beetroot’ adalah salah satu makanan yang berwarna merah semulajadi. Ia mempunyai ciri pencerah semulajadi yang boleh membantu mencerahkan warna bibir yang gelap.
Juskan ubi ini sebelum masuk tidur dan oleskan pada bibir anda. Warna merah pada jusnya ini akan meresap pada bibir dan menjadikan bibir anda merah bak delima pada keesokan paginya!
Anda juga boleh mencampurkan jus ubi bit dengan jus lobak merah untuk khasiat yang tak kurang hebatnya. Urutkan pada bibir anda selama lebih kurang 10 minit sebelum membilasnya dengan air suam.
Lakukan langkah ini sekurang-kurangnya sekali setiap hari.
Ubi bit atau 'beet root'
Ubi bit atau ‘beetroot’ mempunyai warna merah semulajadi yang sangat pekat

5. BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG

Selain melakukan petua di atas, pastikan anda meminum banyak air kosong untuk membantu penghidratan dan pengedaran darah. Kedua-dua proses ini adalah kunci kepada petua merahkan bibir secara semulajadi.
Banyakkan minum air masak (bukan air bergula)
Banyakkan minum air masak (bukan air bergula)

6. MINYAK ZAITUN

Selain itu, gunakan minyak zaitun atau minyak kelapa sebagai pengganti kepada gincu anda buat sementara waktu.
Kedua-dua minyak ini mempunyai banyak khasiat dan dapat menjauhkan bibir anda daripada bahan kimia buat sementara waktu.
Foto Kredit: fairwaymarket.com http://blog.fairwaymarket.com/2013/02/the-truth-about-olive-oil/

Friday, November 23, 2018

COUGAR '40

Mesti korang tertanya-tanya apa tu cougar '40 kan? Hahaha. Itu adalah nama batch palapes kitorang. Kekuatan kami sekarang 72 orang. Dulu memang susahlah aku nak ingat nama sorang-sorang. Tapi lepas 3 bulan kami dalam palapes ni. Aku dah ingat 90% nama diorang. Sebab aku memang sejenis yang susah sikit nak ingat nama orang. Kadang-kadang rupa orang tu pun aku tak ingat.

Walaupun baru 3 bulan kitorang bersama, tapi macam-macam dah benda pahit, manis, lawak yang kitorang dah lalui. Lagi-lagi masa Latihan Berterusan yang seminggu tu. Dengan tidur 2 jam je sehari. Pagi-pagi buta dan kena baris pagi. Ngantuk weh. Aku tersengguk-sengguk even tengah berdiri. Sebab tak tahan sangat. Pernah sekali tu kelakar gila. Alis duduk depan aku tau. Lepas tu aku perasan macam dia pun tersengguk jugak. And then tiba-tiba dia macam nak terundur kebelakang. Nasib baiklah masa tu aku sempat nak tahan dia. Hahahah. Aku memang tak boleh bla la masa tu.

Aku paling tak suka kalau baris paling depan. Sebab YO, stap boleh nampak kan. Ada hari tu aku duduk depan, lepas tu Puan Nazirah panggil nama aku nak cakap pasal jungle hat. And then aku cam mabuk weh. Aku mamai sambil sahut 'Ya, Puan.' Hahaha. Lepas tu dia tanya aku, 'kau tidur ke Deanna?' Pastu aku cam senyum je. Aku duduk depan lagi ngantuk weh hahaha.

Macam-macamlah kitorang buat. Fitik benda paling 'best' la. Mesti korg pelik kan. Kebendanya fitik ni. Fitik ni terbahagi kepada 4. Iaitu fitik dapur, dewan makan, vip dan kelas. AJK fitik iaitu Bad, akan tulis nama untuk fitik-fitik ni. Kalau fitik dapur, kena tolonglah stap dekat dapur. Sediakan bahan-bahan nak masak, kena potong buah, sayur, ayam semua. Aku lah muka yang paling selalu kena target dengan stap dan cik. Tapi seronok jugaklah, sebab pengalaman tu aku tak boleh beli dekat mana-mana kor lain macam suksis atau sispa.

Banyak sebenarnya perkara yang kitorang buat masa latihan. Tapi ini yang aku mampu kongsikan sebagai pengenalan. Aku harap kami semua dapat tauliah sama-sama dekat UNIMAS dan bergelar Leftenan Muda.

                                       Semasa upacara angkat sumpah kadet palapes junior



                                                    Kawan baik aku dekat Cougar '40



                                         Masa fitik dewan makan dengan Kaka yang hipstur



                                              Masa nak belajar menembak dekat Markas

Wednesday, November 14, 2018

Cara Putihkan Gigi

1. MENGUNYAH MAKANAN ‘PENCUCI MULUT’

Mengunyah makanan seperti epal, sayur saderi (celery) atau lobak merah dikatakan dapat menjadikan gigi lebih putih disebabkan teksturnya yang berserat.
Dengan mengunyahnya sebagai snek, anda dapat membersihkan sisa makanan yang terlekat antara gigi dan serta mengesat plak-plak kekuningan yang terhasil di celahannya.
Selain menjadi snek yang sihat untuk tubuh, anda juga dapat memiliki senyuman yang bersinar!
cara putihkan gigi
Foto Kredit: draxe.com

2. BAKING SODA

Antara petua memutihkan gigi yang paling popular adalah dengan menggunakan baking soda.
Caranya, bancuhkan suku sudu teh baking soda dengan sedikit ubat gigi. Beruskan gigi seperti biasa dan bilas dengan air. Lakukannya sekali seminggu atau setiap 2 minggu.
Jangan berlebihan ya sebab penggunaan baking soda secara melampau juga dikatakan boleh menghakis enamel gigi anda.
cara hilangkan gatal
Foto Kredit: davidwolfe.com

3. GARAM

Penggunaan garam dipercayai mampu menambah sumber mineral pada gigi dan sekaligus menyerlahkan lagi warna putihnya.
Caranya adalah dengan menyapukan garam pada gigi seperti langkah menggunakan baking soda di atas. Kemudian berus dan bilasnya seperti biasa.
Sekalipun dapat bertindak sebagai antibakteria, elakkan membubuh garam pada bahagian gusi kerana ia boleh menyakitkannya.

HADKAN KOPI & MINUMAN BERGULA

Kopi adalah salah satu musuh ketat gigi anda yang terkenal sebagai punca gigi kuning selain rokok dan minuman bersoda. Hal ini bukanlah bermaksud anda perlu mengelakkannya 100%, namun anda mungkin boleh mengehadkan kuantiti pengambilannya setiap hari.
Ini kerana minuman dan makanan bergula boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria Streptocuccus Mutans,  iaitu bakteria utama penyebab plak dan gingivitis yang merosakkan gigi serta menjejaskan keputihannya.

Foto Kredit: substance.com/

3. GUNA STRAW KETIKA MINUM

Kalau nak elak gigi cepat kuning, minum minuman bergula atau kopi melalui straw kerana tindakan ini dapat menghindarkan direct contact dengan gigi.
Kalau tak ada straw, cuba pastikan mulut anda dibilas selepas 30 minit menikmati minuman tersebut.

Foto Kredit: mnn.com

4. AMBIL MAKANAN BERKALSIUM TINGGI

Sesetengah gigi berubah menjadi kekuningan disebabkan lapisan enamel yang terhakis sehingga mendedahkan lapisan dentin di bawahnya yang berwarna kuning. Oleh itu, pengambilan makanan berkalsium tinggi seperti susu, keju dan brokoli boleh mambantu mengelakkan hakisan dan sekaligus mengekalkan keputihannya.

Foto Kredit: watchfit.com/

5. BERUS & FLOS

Jangan pandang rendah kepada rutin memberus dan membersihkan gigi dengan flos. Ubat gigi dapat membantu mengeluarkan kotoran daripada gigi manakala penggunaan flos dapat mengeluarkan sisa makanan dengan berkesan.
Sesetengah makanan yang terlekat di celah gigi tidak dapat dibersihkan dengan sempurna menggunakan berus gigi. Makanan yang terbiar lama di celahan boleh menghasilkan bakteria dan plak gigi.

RAWATAN PERGIGIAN YANG BOLEH DIDAPATI DI KLINIK

Proses pemutihan gigi boleh dilakukan di klinik, namun ia melibatkan penggunaan bahan aktif iaitu hidrogen peroksida. Bahan ini menghasilakan radikal bebas yang mampu bertindak untuk melarutkan warna kuning pada permukaan gigi.
Sungguhpun sangat berkesan, namun ia perlu dilakukan oleh pegawai pergigian yang bertauliah. Seeloknya, prosedur pemutihan gigi ini juga hanya patut dilakukan untuk keadaan tertentu sahaja. Jangan jadikan ia satu amalan harian kerana ia tidak sihat untuk kesihatan gigi.
Selain itu, elakkan membeli ubat pemutihan gigi di farmasi atau secara online tanpa mendapat nasihat doktor / pegawai pergigian. Ini kerana konsentrasi kandungan bahan aktif yang berbeza di dalam ubat-ubat tersebut  akan memberi kesan sampingan yang mungkin lebih buruk kepada pengguna

Friday, November 9, 2018

Cara Hilangkan Eyebag

1.HIRISAN TIMUN

   Ni teknik yang paling terkenal nenek-nenek kita dulu-dulu. Satu ianya senang didapati, kedua, murah pulak tu. Mungkin paling murah dalam 11 cara yang saya nak share nanti. Tapi berkesan, jangan risau, memang berkesan. Tak padan dengan murah.

   Caranya, keluarkan timun dari dalam peti sejuk anda, hiriskan 2-3 hiris. Kemudian letakkan di atas mata. Alaa macam selalu tengok dalam TV tu. 

   Tunggu 5-10 minit dan boleh tanggalkan. Dan TARAAA..... eye bag anda dah hilang ntah kemana. Amalkan untuk kesan yang berkekalan.

2. UBI KENTANG

   Nak hasil yang 'Optimus Prime', simpan ubi kentang didalam peti sejuk semalaman. Kemudian esoknya, keluarkan dan potong macam timun tu tadi. Lepas tu, letakkan di atas mata. Biarkan selama 5-10 minit.

   Ubi kentang mengurangkan apa-apa keadaan bengkak dan lingkaran hitam bawah mata anda. Berterima kasih lah pada kandungan enzim yang tinggi didalam ubi kentang tu. 

3. SUSU SEGAR

   Rendamkan kapas didalam susu. Kemudian angkat kapas tersebut dan perahkan susu yang berlebihan. Kita cuma nak lembabkan kapas tu dengan susu ja. Tak perlu susu meleleh ye.

   Kemudian, letakkan kapas tersebut di atas mata, dan biarkan selama 20-30 minit. Pastikan anda lakukan ini sehari sekali untuk hasil yang 'Optimus Prime'

4. UNCANG TEH

   Ok, pertama, rendam uncang teh didalam air panas macam kebiasaan anda nak buat teh o panas. Kemudian angkat uncang teh tu dan simpan pula dalam peti sejuk. Ni untuk sejukkan uncang teh tu, takde la anda jadi Kassim Selamat bila uncang teh tengah mendidih ada atas mata.

   Kemudian uncang teh tu dah sejuk, letakkan atas mata. Biarkan selama 20-30 minit. Nak tau uncang teh terbaik, jawapannya Chamomile dan teh hijau paling berkesan. Mana nak cari teh ni? Tanya pakcik. Pakcik mana? Pakcik Google.

5. PUTIH TELUR

   Kacau-kacaukan telur putih dan sapukan ia di bahagian bawah mata. Sapu guna brush. PERHATIAN, bila telur tu dah kering, anda akan rasa tegang sikit. Tapi itu adalah petanda baik, dun wurri okey. Biarkan selama 20 minit, lepas tu bilas seprti biasa.

6. CARA EMERGENCY

   Kalau anda betul-betul emergency nak hilangkan eye bag, boleh guna cara ni. Urutkan bahagian bawah mata menggunakan ais kiub selama 5 minit. Ini cara paling 'Too Fast Too Furious'. Tapi agak berisiko jika diamalkan sebab akan efek mata dan bahagian hidung anda. Jadi pastikan cara ni hanya untuk kecemasan. (Not recommended by me)

TIPS EKSTRA

   Bila dah amalkan cara-cara diatas dan eye bag pun dah mula hilang, tolong jaga jesihatan anda dengan tidur secukupnya dan tidak menonton TV lama-lama sangat. Sebenarnya TV pun jemu tengok muka anda tau, cuma dia takde mulut je nak bagitau...

1. MAKAN MAKANAN BERKHASIAT

   Ini adalah cara yang paling berkesan tapi paling boring untuk orang nak ikut. Manusia lebih suka cara-cara yang fancy dan magic. Sedangkan ini lah 'core' atau asas dalam apa saja yang berlaku di dalam diri anda.

   Kelawaan anda adalah bergantung pada pemakanan anda. Selalunya eyebag dikaitkan dengan vitamin K dan kekurangan vitamin B12. 

   Makanlah sayuran, buah-buahan lagi-lagi sayuran yang berdaun hijau contohnya, kubis, bayam dan kale. Kurangkan pengambilan garam sebab garam akan menyebabkan pengekalan air dalam badan dan akan mengakibatkan eye bag. 

   Jadi kesimpulannya, tak guna buat kaedah macam-macam tapi kesihatan tak jaga. 

2. MINUM BANYAK AIR

   Ini apply untuk anda yang nak hilangkan eye bag. Tapi elakkan dari minum air sebelum tidur sebab ini akan mengakibatkan eye bag di pagi hari nanti.

3. BERHENTI MEROKOK

   Merokok juga menyebabkan lingkaran hitam dan eye bag. Penghidratan yang tidak mencukupi dan kulit kering yang dikaitkan dengan merokok adalah antara punca lingkaran hitam

4. ALMOND OIL

Kalau lepas buat cara-cara di atas dan eye bag anda kejap ada kejap hilang, urutkan bahagian bawah mata dengan almond oil. Buat aktiviti ini setiap pagi...

Nahh...... Selesai sudah 11 cara hilangkan eye bag. Ini adalah cara yang murah. Mungkin bukan cara yang mudah sebab anda ada satu dua step untuk buat, dan kena buat cara-cara ni secara konsisten.

Result akan datang dalam 1-2 minggu kalau anda betul-betul amalkan.

Thursday, November 8, 2018

Kelas App.Comp 5

Logo Microsoft Access

a. Table digunakan untuk menyimpan data
b. Query digunakan untuk memanipulasi data
c. Form digunakan untuk frontend aplikasi. Biasanya untuk menampilkan data, menambah data dll.
d. Report digunakan untuk membuat laporan
e. Macro digunakan untuk melakukan satu atau beberapa fungsi.
f. Switchboard digunakan untuk membuat menu utama
Table
Apa itu Table?
Table adalah tempat untuk menyimpan data. Contohnya data barang disimpan di table barang
Kenapa kita harus buat table ?
Karena kalau kita tidak buat table kita tidak dapat menyimpan data, Jika tidak ada data yang disimpan data tidak dapat diproses.
Langkah membuat Table
1. Pada jendela database klik Table.
2. klik dua kali create table in design view
3. pada jendela table ketikan field-field table beserta tipe datanya.
4. Pilih File �� Save.
5. tutup table untuk membuat table-table lainnya.
Query
 Apa itu Query ?
Query adalah ‘permintaan data’ kita berupa bahasa bisnis, untuk mengolah data dalam tabel(-tabel) menjadi satu informasi yang bisa dimengerti. Seperti mengelompokkan sepuluh penjualan terbesar oleh customer yang dimiliki. Ia bisa berdasarkan pada satu tabel saja, atau pada dua/lebih tabel, ataupun berdasarkan pada query yang telah ada.
Manfaat Query :
Dengan Query kita dapat :
a. Menampilkan data-data tertentu pada suatu table, contohnya kita hanya ingin melihat data pada table barang yang kode barangnya “B001
b. Menampilkan data dari dua table atau lebih dengan syarat anatr table itu ada field yang berhubungan. Contohnya kita ingin melihat Nomor Faktur “F0001” itu siapa pemiliknya. Di sini kita mengambil data dari table Header Penjualan dan Table Karyawan, Sebagai penghubungnya adalah field NIK.
c. Dapat melakukan operasi perhitungan.
Itulah tiga fungsi utama query.
Query biasanya digunakan sebagai sumber data untuk Report.dan Form.
Form
Apa itu Form ?
Form digunakan untuk merepresentasikan ke user atau menerima inputan dari user data-data dalam tabel/query dalam bentuk interface grid, tombol, dan lain-lain kontrol windows. form dalam access bisa dimasukkan ke dalam form lain sebagai control sub form, biasanya jika bekerja dalam transaksi master-detail.
Report
Apa itu Report ?
Report, seperti halnya form, digunakan untuk merepresentasikan hasil olahan data menjadi informasi yang siap di cetak di lembaran kertas.
Mengapa kita perlu membuat Report ?.
Jika Atasan Anda meminta laporan penjualan kepada anda, tentunya anda akan segera menyiapkannya anda bisa mencetak table penjualan sebagai laporan tetapi hasil cetakannya tidak seperti laporan yang diinginkan. Cara yang terbaik adalah dengan membuat Laporan Penjualan tersebut dengan menggunakan Report. Dengan Report kapanpun Laporan dibutuhkan maka dengancepat kita dapat menyediakannya.
Bagaiamana Cara Membuatnya ?
Report dapat dibuat dengan dua cara yaitu maual dan wizards. Pada tutorial terdapat beberapa contoh pembutan report., anda tinggal mengikuti langkah-langkah pembuatannya.
Pembuatan Report
Report Struk Penjualan
digunakan untuk mencetak struk barang-barang yang dibeli karyawan.
1.      Sebelum kita buat reportnya terlebih dulu kita buat sumberdata untuk report ini. Sumber data sebuah report bisa dari table atau dari Query. Untuk keperluan ini kita akan membuat Query Struk, Berikut Design untuk Query Struk, Simpan dengan nama qry_Struk
2.      Pada Jendela Database klik Report. Klik New, muncul jendela Report Wizard
Klik dua kali No_Fak untuk menghasilkan gambar, Klik Finish, akan tampil design report struk
SwitchBoard
Apa Itu SwitchBoard ?
Semua Form dan Report telah selesai, sekarang kita buat Menu Utamanya. Pada Access kita dapat membuat menu utama dengan memakai SwitchBoard. Caranya :
– Pada menu bar Pilih Tools �� Database Utilities �� Switchboard Manager
– Akan muncul message box switchboard klik Yes
– Pada Jendela Switchboard Manager klik Edit lalu klik New

Wednesday, November 7, 2018

Kelas App. Comp 4

                                                            Logo Microsoft Powerpoint

Kami ada diminta untuk buat power point bertemakan 'awareness'. Tak kisahlah awareness pasal apa pun. So masa tu prof adalah ajar sikit macam mana nak buat power point. Power point rasanya microsoft yang paling senang kot. Sebab dia boleh explore sendiri. Prof tunjuklah powerpoint yang student sebelumnya buat. Agak kreatif lah.

Jadi dia kata bahagi lah dalam kumpulan. Paling min 2 orang and max 4. So aku dgn Hanis la kumpulan. Kitorang mula-mula nak buat pasal autism. Then rasa macam autism ni agak susah nak buat power point dia, so kitorang tukar kepada bone cancer. Agak menariklah bagi aku tentang bone cancer ni.

Kami pun buat la powerpoint tu. Macam subtopic dia nak buat apa. Lepas tu untuk backgroud suara, guna suara aku sebab Hanis kata dia pelat lol. Lepas tu infographic nak buat macam mana semua. Enjoy jugaklah buat power point ni sebab tajuk yang menarik and powerpoint itself tak menyusahkan haha. Then lepas dah edit dengan suara aku, kami pun submit la task tersebut dekat IFolio. Settle.

                                      Infografik yang kami sediakan tentang kanser tulang