Pada 14/12/2018/Jumaat diadakan dinner untuk Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Kalau nak join dinner tu kena bayar RM25. And of course la aku tak join kan pada mulanya. Haha. Sebab bagi aku RM25 tu mahal. And aku boleh beli benda lain lagi. Btw nak diceritakan masa malam tu aku buat persembahan, so dapat free pass la yall. Tapi aku tak makan pun hahaha. Sebab aku lepak McD dengan Fizah and Put lepas tu hahaha.
Sebenarnya aku tau Muhsin jelah nyanyi untuk dinner FEP tu. Aku macam, aku pun nak nyanyi jugak an. Sebab aku minat. Lepas tu aku terfikir macam mana nama dia boleh ada untuk buat show malam tu. Oh yelah, dia kan famous haha. Then satu hari tu Pah whatsapp aku, tanya nak nyanyi tak untuk dinner FEP tu. Lepas tu aku laju je jawab nak. Pah tak silap aku ajk persembahan untuk dinner tu so dia kena la cari penyanyi untuk malam tu. I was so damn excited.
Pada awalnya, aku kena nyanyi dua lagu which is Standing in the eyes dengan satu lagu solo bebas. Maksudnya aku pilih sendiri lagu yang aku nak nyanyi. Tapi lastly Ain nyanyi because aku recommend her untuk nyanyi sebab aku nak tengok Ain nyanyi. Mula-mula aku pilih lagu Ku Menunggu-Rossa. Tapi masa rehearsal tu aku rasa cam lagu tu membosankan. Lain lah kalau ada backup dancer kan. And then aku nk kena buat fake smile. Alahai. Aku penat nak berlakon acah-acah happy kat depan. Lepas tu inter palapes aku yang jadi ajk masa tu pun cakap aku nyanyi sedap, tapi ngantuk hahaha. Maybe sebab lagu tu mendatar and tak de wow factor kot. So lastly aku nyanyi lagu Sampai Bila by Misha Omar. Sebenarnya dari awal aku nak nyanyi lagu tu. Tapi diorang kata nak lagu happy. Tapi lastly okay je pun sebab yang Ammar ni kata takpe janji lagu tu wow and boleh buat audience suka.
So masa rehearsal petang sebelum dinner tu, aku ada kelas ganti account petang tu. So aku fikir macam tak sempat la nak pergi berlatih kat dectar. Tapi madam lepaskan awal pulak. Jadi aku fikir nak berlatih jugak at least aku tau la flow dia. Keluar je dari FEP aku nampak bus zone 3. Terus aku lari pergi kat bus tu. Hahaha. Nasib baik sangat weh.
Sampai je dectar aku nak buat soundcheck. Music masa tu macam a bit slow and aku tak dapat nak nyanyi ikut music betul-betul sebab aku dengar music tu sama je mendatar. So tukar key lain pulak untuk malam tu. Nasib baik aku datang rehearsal even dah lambat. Kalau tak aku tak boleh bayangkan malam tu aku nyanyi tak ikut rentak music yang sama.
Masa dekat kolej sebelum pergi DECTAR
Idin dengan Muhsin nyanyi lagu HARAM
Masa perform lagu Sampai Bila-Misha Omar
Pah dan fake lashesnya
Kami bertiga adalah ex-kmnsian
So everything went well. Ramai orang bersorak masa aku nyanyi. So i know la diorang enjoy masa tu. And vip pun ada amik video aku. Kahkah. Aku dah buat yang terbaik walaupun tak perfect. Malam tu memang jadi memori yang best la untuk aku.
Friday, December 14, 2018
Saturday, December 8, 2018
Cara Merahkan Bibir
1. CAMPURAN LEMON DAN MADU
Lemon dan madu dikatakan dapat memberi khasiat yang meremajakan kulit. Mana tidaknya, lemon kaya dengan vitamin C manakala madu pula mengandungi khasiat anti-bakteria dan anti-penuaan.
Lakukan langkah di bawah:
Biarkan semalaman untuk mendapatkan kesan yang lebih ketara dalam masa seminggu.
Tiada gliserin? Tiada masalah. Anda boleh menggantikannya dengan gula kasar – ianya juga cukup berkesan!
2. GOSOK BIBIR DENGAN BERUS GIGI
Pernahkah anda dengar petua ini? Selain menggunakan ubat gigi untuk gigi dan lidah, ubat gigi juga boleh diletakkan pada bibir seperti skrub.
Sebelum menggosok gigi, oleskan sedikit pada bibir anda. Gunakan berus gigi untuk membersihkan bibir anda sewaktu membilasnya selepas 3-4 minit.
Proses ini akan membuang sel-sel mati dan menggalakkan pembinaan kolagen, menjadikan hasil bibir lebih muda remaja.
3. GULA
Tahukah anda, sebenarnya gula merupakan bahan utama dalam pembuatan skrub bibir yang berada di pasaran.
Anda boleh buat sendiri skrub bibir di rumah menggunakan gula kasar dengan mencampurkannya dengan jeli petroleum atau ‘vaseline’ yang biasa terdapat di pasaran. Bahannya sangat mudah, seperti sukatan di bawah:
- 1/2 cawan gula (jangan risau, bukannya kita makan gula ini ya!)
- 2ml jeli petroleum (‘vaseline’)
Kalau tak ada ‘vaseline’ bolehlah diganti dengan air suam. Campurkan bahan hingga sebati dan sapukan pada bibir dalam gerakan membulat selama 3-4 minit. Bilaskan apabila ia kering.
4. ‘LIP GLOSS’ BUAH-BUAHAN SEGAR
Buat sendiri ‘lip gloss’ atau balm dengan menggunakan buah-buahan merah semula jadi seperti strawberi, delima, buah naga, atau beri merah.
Lenyek atau kisarkan bahan-bahan ini dan tambahkan sedikit madu (sekiranya ada) dan oleskan pes ini pada bibir. Bilaskannya apabila ia mengering. Lakukan sekerap mungkin, sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
Buah-buahan ini bukan saja memberi kelembapan bibir, ia juga membantu mengembalikan nutrisi serta menyerlahkan kemerahan bibir.
4. ‘BEETROOT’
Ubi bit atau ‘beetroot’ adalah salah satu makanan yang berwarna merah semulajadi. Ia mempunyai ciri pencerah semulajadi yang boleh membantu mencerahkan warna bibir yang gelap.
Juskan ubi ini sebelum masuk tidur dan oleskan pada bibir anda. Warna merah pada jusnya ini akan meresap pada bibir dan menjadikan bibir anda merah bak delima pada keesokan paginya!
Anda juga boleh mencampurkan jus ubi bit dengan jus lobak merah untuk khasiat yang tak kurang hebatnya. Urutkan pada bibir anda selama lebih kurang 10 minit sebelum membilasnya dengan air suam.
Lakukan langkah ini sekurang-kurangnya sekali setiap hari.

Ubi bit atau ‘beetroot’ mempunyai warna merah semulajadi yang sangat pekat
5. BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG
Selain melakukan petua di atas, pastikan anda meminum banyak air kosong untuk membantu penghidratan dan pengedaran darah. Kedua-dua proses ini adalah kunci kepada petua merahkan bibir secara semulajadi.

Banyakkan minum air masak (bukan air bergula)
6. MINYAK ZAITUN
Selain itu, gunakan minyak zaitun atau minyak kelapa sebagai pengganti kepada gincu anda buat sementara waktu.
Kedua-dua minyak ini mempunyai banyak khasiat dan dapat menjauhkan bibir anda daripada bahan kimia buat sementara waktu.

Subscribe to:
Posts (Atom)