Pages

Tuesday, October 30, 2018

Kelas App.Comp 2

Masa kelas aplikasi komputer, aku belajar gunakan word and excel pada awalnya. Bagi aku excel lagi susah daripada word. Sebab dia agak complicated. Tapi lepas banyak kali buat tu, okay lah jugak. Aku tak de la terror mana. Tapi atleast aku tau lah jugak penggunaan dia. Vlookup semua tu. Banyak kali jugaklah asyik error je masa buat sampai aku rasa nak mengamuk je woi. Tapi lastly jadi jugak.

Untuk assignment word, kitorang kena cari satu article dan buat macam yang prof suruh. Dia bagi masa seminggu nak siapkan assignment tu. Dalam masa dua hari macam tu, siaplah kerja aku. Tapi nak cari article tu la bagi aku yang susah. Sebab nak cari article yang sesuai dengan spesifikasi yang diminta kan.

Aku ambil article tentang penceraian. Okay jugaklah article tu sebab ada graph, pie chart. Aku bersyukur gila aku jumpa article tu sebab taklah susah sangat aku nak edit. Bila dah siap tu aku recheck semua. Aku pun submit la dekat iFolio.

Then yang excel tu yang payah sikit. Kena fill in the table guna function yang sesuai. Bagi aku sesusah mana pun tugasan tu, kita mesti boleh selesaikan punya. Because of what? Because we should too.

 
Logo Microsoft Word dan Exel

Wednesday, October 24, 2018

Kelas App. Comp 1

Sejujurnya bagi aku, aku tak suka pelajaran yang berkenaan dengan komputer ni semua. Aku more to manual punya cara. Sebab aku ni cepat lupa. Jadinya setiap kali aku masuk kelas aplikasi komputer, aku rasa nak mengeluh. Aku macam menyusahkan Hanis yang duduk sebelah aku. Sebab aku banyak tanya dia. Kadang-kadang aku rasa bersalah dengan dia hmmm.

Tapi sebagai seorang student yang ambil subjek ni, aku pun mestilah kena paksa diri untuk teruskan belajar. Reason dia simple je. Tak nak fail and repeat. Aku jujur je ni. Aku tak suka nak cerita gempak-gempak padahal semua tu rekaan je.

First benda yang aku belajar, adalah buat blog ni. Prof ajar macam mana nak create our own blog. Lepas tu cara nak masukkan gambar, video apa semua. Aku pernah pakai blog, tapi dah lama la tak guna. But still la okay sebab aku tau selok belok dia lol. And prof suruh buat 20 posts. Ada 4 categories which is pasal kelas app. comp, interest, kehidupan di UKM and lagi satu tu bebas. Kena siap semua sebelum nak final la.

And then Prof kata, exam final nanti ada 100 soalan objektif. Semuanya kena membaca. Ha bacalah nanti sampai muntah. Sebab tu dia suruh focus kepada assignments and labtest. Bagi markah kedua-dua tu tinggi. Macam backup la kan. Sebab bab yang membaca tu payah sikit nak score.

Lab Test kitorang adalah pasal word, excel dan access. Assignments pulak pasal blog, access, excel, word, html dan powerpoint. Ini semua adalah markah yang akan dikira sebagai carry mark kitorang nanti. Aku harap dapat carry mark yang baik.

                                                   Category post yang kitorang kena buat

Sunday, October 21, 2018

MAKUM

MAKUM ni macam pertandingan antara IPTA dekat Malaysia ni yang mempertandingkan seorang wakil non-malaysia dari IPTA yang dipilih. Pertandingan ni menarik jugaklah sebab boleh dengar foreigners nyanyi lagu melayu. Contestants terdiri dari pelbagai bilang bangsa termasuklah arab.
Pertandingan ni dibuat di GSB-School Of Business yang dekat dengan Ibu Zain tu.

Masa tu aku buat persembahan selingan bertemakan lagu 90's bawah Kelab Penyanyi Artisukma. Aku bawa lagu Kau dan Aku dari Ziana Zain dengan Diari Biru dari Maya. Dua-dua lagu tu aku tak familiar langsung. Tak pernah dengan pun sebenarnya. Tapi masa aku nyanyi tu okaylah. That was the first time aku buat persembahan depan orang ramai secara formalnya. Berdebarlah jugak. Tapi boleh control sikit sebab dah buat rehearsal.

I quite proud of myself sebab tak sangka boleh nyanyi depan orang ramai macam tu. What a fun experience I had. Kawan aku Ain, nyanyi lagu Tak pernah hilang ost Nur tu dengan Muhsin. Best do diorang nyanyi. Dah la lagu favourite aku.

Actually masa aku nyanyi lagu Diari Biru tu. Aku ada lupa lirik tau. Dalam satu baris hahaha. Tapi aku acah-acah la. Aku cam senyum. Tak boleh nak menggelabah sangat sebab nanti lagi nampak obvious. But it's okay. Semua orang buat salah kan. Thanks to Cikgu Isz and Kak Ida sebab bagi oppurtunity untuk nyanyi. Dapat belajar new things.


                                                  Sebelum buat persembahan (nervous)



                                                  Semasa menyanyikan lagu Kau dan Aku

Tuesday, October 16, 2018

Cara Putihkan Muka

  • Petua Pertama
Ambil dua sudu beras dan kisar hingga halus. Kemudian campurkan dengan satu sudu madu lebah bersama sedikit teh pekat. Gaulkan hingga kesemua campuran itu menjadi krim pekat. Sapukan krim tersebut pada wajah dan biarkan ia mengering dengan sendiri. Setelah itu barulah dibilas dengan air hingga bersih.
  • Petua Kedua
Sediakan satu sudu kacang dan enam biji badam. Rendamkan kesemuanya dalam bekas berisi air panas dan biarkan semalaman. Esoknya, kisarkan bahan-bahan tersebut hingga halus. Sapukan pada wajah dan biarkan selama setengah jam sebelum dibilas dengan air bersih.
  • Petua Ketiga
Pukul sebiji telur ayam dan campurkan dengan satu setengah cawan minyak kelapa beserta satu sudu madu lebah. Kacau sehingga rata dan pekat. Setelah itu simpan dalam peti sejuk selama sejam sebelum disapu pada wajah. Biarkan selama setengah jam kemudian barulah dibilas dengan air bersih. 
  • Petua Keempat
Pastinya anda tidak tahu bahawa gula juga dapat memutihkan kulit wajah anda. Caranya adalah,basuh dan bersihkan muka anda dahulu daripada segala kekotoran dengan air bersih. Kemudian, lapkan muka dengan tuala lembut yang bersih. Campurkan 1 sudu gula pasir ataupun gula perang dengan pencuci muka yang biasa anda pakai.
Sapukan campuran tersebut ke muka anda secara lembut. Sambil menyapu, urut kulit muka anda secara membulat sekitar 5-10 minit.Lepas tu, biarkan ia seketika dalam 10 minit.Seterusnya, bilas muka anda untuk menghilangkan sisa gula tadi. Akhir sekali, bilas muka anda buat kali kedua dengan air sejuk bagi menutup liang pori yang terbuka.
  • Petua Kelima
Petua seterusnya sangat mudah dengan menggunakan  tomato. Lenyekkan sebiji tomato dan campurkan 2-3 titis jus limau. Sapukan pada wajah anda dan biarkan selama 15-20 minit. Lakukan 2 kali sehari selama 15-20 hari untuk hasil yang memuaskan.
  •  Petua Keenam
Kentang mempunyai enzim pencerah untuk mencerahkan kulit maka ia sangat sesuai untuk dijadikan bahan memutihkan kulit wajah anda. Hanya kisarkan setengah biji kentang yang setengah masak sehingga halus.
Kemudian masukkan kentang terbabit ke dalam mangkuk dan campurkan kentang tadi dengan satu sudu susu segar dan juga satu sudu tepung beras. Kacau bahan-bahan tadi sehingga rata. Sapukan bahan yang telah rata tadi pada muka dan dibiarkan selama 15-20 minit. Amalkan setiap hari untuk mendapatkan kesannya
  • Petua Ketujuh
Ambil sebiji timun dan diparut isi dalamnya. Kemudian campurkan bersama 1/2 biji air perahan limau nipis berserta dengan sedikit bedak sejuk. Gaulkan hingga sebati dan pakai pada muka tiap-tiap malam seperti anda sedang pakai masker.
Biarkan kering dulu. Apabila sudah kering bolehlah dibasuh muka dengan air sehingga bersih. Insyaallah muka akan jadi lebih cerah, bersih dan segar.

Wednesday, October 10, 2018

Cara Hilangkan Jerawat

1. PES SERBUK KUNYIT
Titiskan sedikit air pada sesudu serbuk kunyit dan sapu pada jerawat beberapa minit. Lakukan sehingga hilang jerawat.
Petua putihkan celah peha
Foto Kredit: authoritynutrition.com

2. JUS DAUN PUDINA

Blend daun pudina bersama sedikit air. Tapis airnya dan sapu pada seluruh muka. Lakukan sebelum tidur dan biarkan semalaman.
petua kulit licin
Foto Kredit: oil-benefits.com

3. JUS BUAH LEMON

Perah jus lemon dan dengan mengguna bebola kapas, tekap pada jerawat selama 20 minit dan bilas. Lakukan dua tiga kali sehari untuk kesan yang cepat.
Resepi air detox
Foto Kredit: trueserenity.ca

4. BAWANG PUTIH

Potong bawang putih kepada dua dan tekap pada jerawat sehingga terasa jus bawang putih melekat pada jerawat.
Jus ini mengandungi sulfur yang merawat jerawat dengan cepat.
hilangkan sakit gigi
Foto Kredit: superselectos.com

5. UBAT GIGI

Sebelum masuk tidur, sapu ubat gigi pada jerawat dan biarkan semalaman.
Petua hilangkan hitam celah peha
Foto Kredit: encedentistry.com

6. WAP PANAS

Letak air panas dalam besen dan lalukan bahagian jerawat pada wap panas.
Bukan sahaja menghilangkan jerawat malah menjadikan kulit muka bertambah seri.
776

7. PEK AIS

Letak ais pada jerawat. Ia akan membantu mengecilkan jerawat.
Petua hilangkan jerawat

8. PES SERBUK KAYU MANIS

Letak sesudu madu atau jus lemon pada dua sudu serbuk kayu manis dan sapu pada jerawat.
Sebaiknya guna pes serbuk kayu manis ini sebelum masuk tidur.
Resepi air detox
Foto Kredit: harveyprince.com

9. KULIT BUAH OREN

Blend kulit oren bersama air. Ambil pes oren dan sapu pada jerawat.
Petua hilangkan jerawat

10. MADU

Ambil sedikit madu mengguna bebola kapas dan tekap pada jerawat.
Pastikan madu yang asli
Pastikan madu yang asli

11. JUS TIMUN

Hiris timun dan rendam dalam air selama sejam. Kemudian minum airnya.
minum air timun

Friday, October 5, 2018

Writing

Menulis? Aku minat menulis? Haah. Betullah tu. Aku memang suka menulis. Tulis cerpen dan lirik lagu. Dengan menulis, aku boleh tulis semua benda yang aku nak. Yang tak logik dalam dunia sebenar. Segala angan-angan dan mimpi aku selama ni, aku boleh realisasikan melalui penulisan.

Aku suka create satu jalan cerita dalam kepala aku, lagi-lagi sebelum tidur. Aku rasa seronok hahaha. Bila aku baca balik cerita-cerita yang aku pernah buat, aku rasa macam nak buat lagi. Aku start tulis cerpen since 2012 lagi. Masa tu aku Form 1. Aku buat cerita tu based on diri aku sendiri. Aku pernah minat sorang ni masa Form 1. So aku buat cerita tu atas nama dia dan aku. Aku bayangkan diri aku dengan dia akan jadi macam cerita yang aku buat tu. Aduhai macam perempuan psycho doh aku hahaha.

Sebab aku tak boleh nak buat apa kan. So aku express kanlah dalam cerita aku tu. Cerita pasal budak dalam kelas aku. Aku pakai nama diorang untuk nama watak dalam cerpen aku. And aku jadikan diorang sebagai hero dan heroin. Sebab diorang ni asyik gaduh je in real life. Kahwinkan baru tau. Hahaha.

Cubalah korang menulis, korang akan rasa macam puas hati. Bila dapat luahkan apa yang terpendam dalam kepala korang tu dalam penulisan macama aku buat sekarang ni.

Kalau buat lirik lagu pulak, aku buat based on kisah cinta aku lol. Macam ada satu lagu yang aku buat, pasal sorang manusia yang aku sayang tapi dah setahun aku tak jumpa, rasa macam kejap je. Walaupun aku sayang dia sangat, tapi tak pelah kalau dia bahagia, aku okay je. Dia bagi aku rasa dicintai dan mencintai and pengalaman manis dan pahit yang aku tak boleh lupakan.

So tulah pasal penulisan yang aku buat.